12 Mac 2023 (Ahad) - Hanya dalam tempoh 1 jam sahaja, 1 tan pakaian terpakai telah disumbangkan kepada penduduk orang asli di Kg. Pelebar Baru, Pasir Panjang, Port Dickson.

Ianya hasil daripada Program Sumbangan Pakaian Terpakai anjuran Unit Smart Green bersama Event Management DSK 5A Politeknik Port Dickson pada penghujung minggu Februari 2023 hingga awal minggu Mac 2023.
 
Terima kasih kepada penyumbang dan ianya telah menyokong tema program "Save The Earth, Save The Planet".