THE THINKINGLAB@POLIPD JKA:
MindTech for Success in Your Studies
28 FEBRUARI 2023 - (SELASA)
 
Program THE THINKINGLAB@POLIPD JKA : MindTech for Success in Your Studies Program anjuran bersama Jawatankuasa Kaunseling dan Kerjaya dan Kelab Pelajar JKA, Politeknik Port Dickson. Program dijalankan secara bersemuka pada 28 Februari 2023 (Selasa), bertempat di Dewan kuliah 5 (DK5) Politeknik Port Dickson.
 
Program “MindTech for Success in Your Studies” ialah program oleh yang dikelolakan oleh motivator jemputan khas iaitu Prof. Dr. Chan Chee Ming yang merupakan pensyarah UTHM dan selaku penasihat Program DKA.
Program ini dijalankan khas untuk pelajar semester 2,3,4 dan 5 yang terpilih dengan tujuan ke arah meningkatkan Grade on time, GOT program. Selain itu, dapat mengasah dan mempertajam pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar, khususnya untuk meningkatkan penglibatan, kecekapan dan keberkesanan pembelajaran mereka. Ia dirumuskan sebagai program latihan progresif, melalui 3 peringkat peningkatan kemahiran berfikir iaitu Fasa pra-kondisi, Fasa pemikiran berstruktur dan Fasa pemikiran strategik.