KEM PEMBENTUKAN KABINET MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD) 2023

Tarikh : 24 - 26 FEB 2023
Tempat : PD Sanctuary, Port Dickson
 
Seramai 30 pelajar yang telah memenangi 30 kerusi MPP dalam Pilihan Raya Kampus PPD telah menyertai kem ini. Tujuan program dijalankan adalah untuk menentukan barisan kabinet kepimpinan MPP yang terdiri daripada 8 kerusi Majlis Tertinggi MPP dan 15 kerusi sektor, 4 kerusi jabatan dan 3 kerusi senator.
 
Sidang debat ala parlimen salah satu slot dalam KEM PEMBENTUKAN KABINET MPP PPD 2023. Slot debat ini dikendalikan oleh Puan Ts Nuratikah binti Seman, pensyarah JKA juga selaku pakar dalam bidang ini. Tujuan slot ini diadakan bagi mencungkil kemahiran komunikasi/debat di kalangan ahli MPP sekaligus membina tahap keyakinan diri yang tinggi dalam kerja berpasukan.