Program 'Remaja Hanya Sekali' anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi (UPPSi) ini berlangsung di Dewan Kuliah 6, Politeknik Port Dickson. Penyertaan seramai lebih kurang 130 pelajar ini adalah terdiri dari kalangan pelajar mengulang subjek. Objektif program ini adalah untuk menyuntik kembali semangat pelajar carry yang sedia maklum agak lemah dalam pengurusan subjek mereka. Diharap dengan adanya program seperti ini dapat membantu mereka supaya lebih yakin dan bersemangat dalam menghadapi pengurusan pembelajaran mereka.