Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan satu Program Catch & Score. Program ini berlangsung 3 hari mengikut kursus yang terlibat.
 
6.12.2022_SELASA
DJM20053 THERMOFLUID
DJJ20073 FLUIDS MECHANIC
 
7.12.2022_RABU
DJJ20063 THERMODYNAMIC
DJJ30103 STRENGTH MATERIAL
 
8.12.2022
DJJ30093 ENGINEERING MECHANICS
DJJ40163 MECHANIC OF MACHINES
DJF51082 QUALITY CONTROL
 
Program ini merupakan salah satu program penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) disamping salah satu aktiviti pemantauan disiplin dan perkembangan pencapaian akademik pelajar mekanikal yang mempunyai keputusan yang kurang memuaskan dalam beberapa kursus.
 
Diharapkan setelah mengikuti program ini, pelajar lebih memahami dan dapat mengenalpasti kelemahan cara-cara pembelajaran sekaligus menguasai konsep di dalam topik dengan bantuan latihan dan bimbingan pengajar. Aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan peratus kelulusan pelajar seterusnya dapat mencapai KPI yang disasarkan.
 
Tahniah kepada pelajar yang hadir. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir ini.