Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) adalah satu unit di Politeknik Port Dickson (PPD) yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan kursus-kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) bagi kakitangan PPD, menguruskan kemudahan-kemudahan yang tersedia di PPD serta mengelolakan Program Penswastaan Sektor Masa (TSP).
Objektif
-
Merancang, menguruskan dan menjalankan program-program latihan staf secara dalaman dan luaran.
-
Membantu menyelaras, merancang dan melaksanakan program-program anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
-
Menyelaras Program TSP (Time Sector Privatisation) bagi sektor awam ataupun swasta
-
Menyelaras Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)
-
Menyelaras Program Latihan Secara Industri (LSI)
-
Menyelaras kemasukan pelajar untuk kursus secara Sambilan
-
Menguruskan kemudahan-kemudahan berkaitan Latihan di PPD