Pengenalan
Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) merupakan satu mekanisme penting dalam institusi pendidikan tinggi yang bertujuan untuk membantu pelajar dalam aspek akademik, pembangunan diri, dan hala tuju kerjaya. Melalui sistem ini, setiap pelajar akan dibimbing oleh seorang penasihat akademik yang bertanggungjawab memberikan sokongan dan nasihat sepanjang tempoh pengajian mereka.
Sistem ini diwujudkan bagi memastikan pelajar mendapat panduan yang jelas dalam membuat keputusan berkaitan akademik seperti pemilihan kursus, perancangan jadual pengajian, serta memahami peraturan akademik yang berkaitan. Selain itu, penasihat akademik juga berperanan dalam membantu pelajar menangani cabaran yang dihadapi sepanjang pengajian, termasuk isu motivasi, tekanan akademik, dan keseimbangan antara kehidupan peribadi dan pembelajaran.
Dengan adanya Sistem Penasihatan Akademik yang efektif, pelajar dapat meningkatkan prestasi akademik mereka, mencapai matlamat pembelajaran dengan lebih jelas, serta mempersiapkan diri untuk memasuki dunia pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kolaborasi yang baik antara pelajar dan penasihat akademik amat penting dalam memastikan kejayaan dalam sistem ini.
SPAk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sistem pengajian di politeknik serta memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik, kemahiran generik dan kesediaan kendiri dalam kerjaya berpandukan Modul Inspirasi Diri (MInD). MInD direka untuk membangunkan modal insan holistik dengan menekankan akademik, sahsiah, kerjaya, dan kesediaan diri. Ia membantu pelajar membentuk pemikiran positif, sikap proaktif, serta meningkatkan jati diri dan motivasi untuk kejayaan dalam pendidikan dan kerjaya.
Objektif
SPAk Politeknik diwujudkan agar pelajar berupaya:
- merancang pengajian, menyusun struktur pembelajaran dan aktiviti ke arah meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum;
- mengenal pasti potensi diri dan mengatasi kelemahan diri;
- mempelbagaikan kemahiran insaniah bagi mencapai matlamat diri;
- mendapat pendedahan mengenai laluan kerjaya dan melengkapkan diri dalam menghadapi alam pekerjaan;
Sasaran Kerja SPAk
Sasaran Kerja SPAk yang perlu dipenuhi oleh politeknik adalah seperti berikut:
- melaksanakan aktiviti mingguan SPAk;
- melengkapkan Laporan Pemantauan SPAk;
- Penilaian SPAk (90%)
- memastikan pelajar di bawah seliaan PA melaksanakan Penilaian Keberkesanan SPAk;
Dokumen SPAk
Matlamat Dokumen Pelaksanaan SPAk (Buku Panduan Pelaksanaan SPAk dan Modul Inspirasi Diri, MInD) diwujudkan adalah sebagai:
https://polipd.mypolycc.edu.my/web/index.php/korporat/dokumen-rujukan
- rujukan utama bagi pelaksanaan dan pengendalian aktiviti SPAk oleh PA di politeknik;
- panduan bagi memenuhi ketetapan sasaran kerja pelaksanaan SPAk di politeknik;
- pembimbing kepada PA dalam mempelbagaikan kaedah interaksi dengan pelajar bagi memenuhi kriteria penetapan peruntukan jam pertemuan PA bersama pelajar setiap minggu minimum SATU (1) jam seminggu;
- alat bantuan PA bagi mencungkil potensi diri pelajar dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah keperibadian yang holistik;
Matlamat Dokumen Frequently Asked Question
https://polipd.mypolycc.edu.my/web/index.php/korporat/dokumen-rujukan
- rujukan dan panduan umum terutamanya kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk).
- menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan pelaksanaan SPAk di Politeknik dan Kolej Komuniti secara umumnya.
- menjadi panduan umum dan membantu dalam menyelesaikan masalah yang biasa berlaku dalam pelaksanaan SPAk. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada keperluan serta kesesuaian di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Direktori
BIL |
GAMBAR |
NAMA KAKITANGAN |
JAWATAN |
E-MEL |
NO. SAMBUNGAN
(06-662 XXXX)
|
1 |
 |
Maya Sofa binti Ismail |
Ketua Penyelaras SPAk
|
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
2055 |
2 |
 |
Noorziawati binti Mohd Sahap |
Penyelaras SPAk JKA |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
2042 |
3 |
 |
Noremy binti Che Azemi |
Penyelaras SPAk JKE |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
2043 |
4 |
 |
Maya Sofa bt Ismail |
Penyelaras SPAk JKM |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
2055 |
5 |
  |
Damaisari binti Mohd Nawi |
Penyelaras SPAk JP |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
2045 |