Pengambilan Transkrip dan Surat Tamat Pengajian Rasmi Pelajar Lulus Penuh Sesi 1 : 2025/2026
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 506
Adalah dimaklumkan bahawa transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian rasmi bagi pelajar lulus penuh Sesi 1 : 2025/2026 boleh dituntut
bermula 16 FEBRUARI 2026 menggunakan 2 kaedah seperti butiran berikut:
KAEDAH 1: EDARAN DI KAUNTER UNIT PEPERIKSAAN
Tarikh : Mulai 16 Februari 2026 (Hari bekerja) - Tiada had tarikh
Masa : 9.00 am - 1.00 pm (Isnin-Khamis)/ 9.00 am - 12.00 pm (Jumaat)
2.00 pm - 4.30 pm (Isnin-Khamis)/ 2.45 pm - 4.30 pm (Jumaat)
Tempat : Unit Peperiksaan, Politeknik Premier Port Dickson
** Pelajar yang tidak dapat hadir untuk mengambil Transkrip sendiri boleh mewakilkan individu lain dengan mengisi
PAUTAN BERIKUT: https://tinyurl.com/
KAEDAH 2 : PENGEPOSAN
Pelajar yang tidak dapat hadir ke Unit Peperiksaan untuk pengambilan surat tamat pengajian dan transkrip rasmi boleh membuat permohonan pengeposan.
Sila rujuk panduan pengeposan berikut: https://bit.ly/
SEMAKAN SENARAI LULUSAN SESI 1 : 2025/2026: https://bit.ly/Sesi1-20252026
Sebarang permintaan untuk email transkrip TIDAK AKAN DILAYAN.
Transkrip tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yang belum tamat pengajian atau sedang menjalani latihan industri.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Peperiksaan di talian 06-6622000.
