𝐏𝐏𝐏𝐃 𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀! 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐆𝐑𝐎𝐖𝐓𝐇 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐃𝐈 𝐆𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 23
Politeknik Premier Port Dickson (PPPD) sekali lagi mengharumkan nama institusi di persada antarabangsa apabila berjaya meraih Anugerah GROWTH EXCELLENCE pada pentas akhir Globalpreneur Exchange (GEX) 2026.
Kejayaan menerusi projek Direct Globe Emporium, yang mengetengahkan penyelesaian pengubahsuaian dan pembinaan berasaskan kecerdasan buatan (AI), membuktikan keupayaan pelajar TVET bersaing dalam ekosistem keusahawanan global.
Penyertaan merentasi tiga fasa, termasuk pendedahan antarabangsa di Bangkok, Thailand, menjadi bukti potensi inovasi dan daya saing pelajar PPPD. Syabas dan tahniah kepada para pelajar, mentor En. Munshi B. Abdullah serta pasukan Inkubator Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) atas kejayaan membanggakan ini!
PPPD TERUS UNGGUL, BAKAT TVET MENEMBUS SEMPADAN!

