𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐏𝐃 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 107
𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐄𝐑 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐏𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐎𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐎 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐃𝐀
MARKHAM, ONTARIO, KANADA, 21 Julai 2026 – Politeknik Premier Port Dickson terus mengharumkan nama POLYCC di persada antarabangsa apabila pasukan MALAYSIA POLYCC berjaya merangkul lima pingat emas dalam kategori FIRA AIR sempena 31st FIRA RoboWorld Cup & Summit 2026.
Lebih membanggakan, pasukan yang diwakili oleh dua pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tan Kah Wei dan Nazreen Shah bin Abd Jalil, berjaya muncul johan bagi kelima-lima acara yang disertai, sekali gus membuktikan keunggulan bakat TVET dalam bidang teknologi dron autonomi, robotik, automasi dan kecerdasan buatan di peringkat dunia.
Lima acara yang dimenangi ialah Emergency Service Indoor, Precision Landing on a Moving Platform, Autonomous Race, Autonomous Object Pushing, Autonomous Race, Narrow Gate Navigation, Emergency Service Indoor (Pro) dan Autonomous Race (Pro).
Kejayaan ini turut dipacu oleh bimbingan jurulatih, Encik Wong Wei Ming dan Encik Muhammad bin Ahmad Kamal, yang memainkan peranan penting dalam persediaan teknikal, strategi pertandingan serta pembangunan keupayaan pelajar bagi menghadapi saingan antarabangsa.
Turut hadir bersama-sama memberi sokongan moral dan meraikan kejayaan pasukan ialah YBhg. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Kehadiran beliau menyerlahkan sokongan kepimpinan tertinggi POLYCC terhadap kecemerlangan bakat TVET negara di persada dunia.
Pencapaian lima emas ini bukan sekadar kemenangan pertandingan, malah menjadi bukti bahawa pelajar Politeknik Premier Port Dickson mampu bersaing dan menguasai teknologi masa hadapan di pentas global. Ia turut mencerminkan komitmen institusi dalam melahirkan generasi TVET yang inovatif, berdaya saing dan bersedia memimpin perubahan dalam bidang robotik, automasi serta teknologi pintar.
Dari Politeknik Premier Port Dickson ke pentas dunia, kejayaan ini menjadi simbol kecemerlangan TVET negara dan bukti bahawa bakat tempatan mampu berdiri sebaris dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa.

