SELAMAT MAJU JAYA TEAM ROBOT SUMO MARK III PPD
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 57
5 Disember 2024 (Khamis)
SELAMAT MAJU JAYA BUAT TEAM ROBOT SUMO MARK III POLITEKNIK PORT DICKSON
Pasukan Robot MARK III, Politeknik Port Dickson berlepas ke Tokyo Japan untuk menyertai pertandingan All Japan Robot Sumo MARK III pada 7-8 Disember 2024 di Ryogoku Kokugikan National Sumo Arena Tokyo, Japan.
Kecemerlangan pasukan di pertandingan Robot Sumo 3Kg Magnetik anjuran PETROSAINS di Stadium Juara Bukit Kiara pada 26-27 November 2024 yang lalu telah mendapat tawaran daripada penganjur untuk menyertai sebagai wakil Malaysia ke pertandingan di All Japan Robot Sumo Mark III , Tokyo Japan.
Pasukan Robot Sumo MARK III disertai oleh Alif Iskandar bin Ahmad Afandi (Pelajar JKM PPD), Muhammad Faiz bin Abdol Jalil (Alumni PPD), Muhammad Zaki bin Zakaria (Alumni PPD), Iszuzuldin Amirull bin Mohd Janudin (Alumni PPD) dan Nurfatin Irdina (Alumni PPD) selaku pasukan teknikal.