Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson telah menganjurkan Majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi Sesi II : 2023/2024 pada 14 November 2024 bagi meraikan pelajar-pelajar yang memperolehi PNM 3.5 dan ke atas.
 
Seramai 85 orang pelajar dari Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekatronik dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) telah menerima Sijil AKJ dan diraikan pada majlis tersebut.
 
Penyampaian Sijil AKJ telah disempurnakan oleh Pn. Norhazlina binti Amon selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Dalam ucapan yang disampaikan, beliau berharap agar anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk sama-sama berusaha menggapai impian mereka.
 
Program yang dijalankan ini merupakan suatu usaha Jabatan selari dengan keperluan di dalam Pelan Tindakan Politeknik Port Dickson (Teras 1) iaitu Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti dan Penganjuran Bilangan program Pembangunan pelajar berciri holistik pada KPI 4.