JUARA KESELURUHAN PROGRAM MALPRO
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 90
12-14 OKTOBER 2024
Kelanasiswa Politeknik Port Dickson memenangi Juara Keseluruhan Program Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) 2024 yang diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).
Seramai 45 ahli Kelanasiswa daripada 8 buah Politeknik menyertai MalPRO 2024 yang terdiri daripada PSA, PPD, PTSN, PMM, PTSS, POLIMAS, PTSN dan PMJ.
Majlis penutup program Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) bersama program Malaysian Polytechnic Clovers Jamboree (MPCJAM) 2024 dirasmikan oleh Pn Siti Normazila binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Unit Peperiksaan dan Data yang mewakili Dato' Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah JPPKK.
Tahniah diucapkan kepada Kelanasiswa Politeknik Port Dickson kerana telah memenangi:
1. Johan Keseluruhan MalPRO 2024
2. Kru Kelana Terbaik
3. Kru Malam Kebudayaan Terbaik
4. Individu Orienteering
Kelanasiswa Politeknik Port Dickson menghantar 5 wakil kelana iaitu Nur Nirmala selaku ketua kru, Badrul Aiman, Jumadi, Dalia Izzanie dan Syazatul Liyana. Selain itu, 5 wakil daripada Pandu Puteri Politeknik Port Dickson turut menyertai MPCJAM 2024 yang diadakan pada tarikh dan lokasi yang sama.
Sepanjang program MalPRO 2024 pelbagai aktiviti dilaksanakan dan dinilai seperti Perkhemahan berkonsep glamping, Pertolongan cemas, Diorama model gajet perkhemahan, Backwood cooking, Orienteering, aktiviti Pemadam Kebakaran dan Malam kebudayaan dengan tema persembahan budaya etnik Borneo. Selain itu aktiviti khidmat masyarakat turut diadakan.
Program MalPRO ini adalah program perkhemahan pengakap Politeknik Malaysia yang ke-4. Tahniah dan syabas kepada Kelanasiswa Politeknik Port Dickson di atas kejayaan.