Politeknik Port Dickson Berjaya merangkul anugerah perak dalam pertandingan 'Futra Booth Competition' dalam 'PAM Annual Architecture Student Works Exhibition' yang berlangsung di One Utama, Petaling Jaya, Selangor.
 
Selain itu 'Studio Design Competition' yg diwakili oleh Srd. Muhammad Azzirzur Zairi bin Mohamad Aznin telah mendapat tempat keempat kategori Diploma dan 'Sketching Competition' yang diwakili oleh Sdr. Muhammad Nasir bin Munshi Abdullah telah mendapat tempat kelima daripada 102 penyertaan.
 
Bertemakan FU-TRA (Future Tradition: Tradition As The Future Of Innovation), pertandingan ini disertai oleh 21 IPTA dan IPTS Seni Bina seluruh Malaysia dan berlangsung pada 2hb - 6hb Oktober 2024.
 
Seramai 10 orang pelajar Program Diploma Seni Bina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson telah menyertai program ini dan diselia oleh dua orang pensyarah iaitu:
 
1. Ts. Siti Amirah Binti Mohtaram
2. LAr. Dr. Zanariah Binti Kasim
 
Tahniah diucapkan.