PROGRAM HASIL YOUR BUDDY@IPT
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 362
Program anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan Kerjasama KPT telah memilih Politeknik Port Dickson sebagai IPT bagi program HASIL Your Tax Buddy @ IPT bagi tahun 2023 peringkat Negeri Sembilan.
Jabatan Perdagangan merupakan pengarah program yang terlibat secara langsung.
Bertemakan Minangkabau, program ini disempurnakan oleh YBrs Tn Hj Mukhtar bin Abdul Kadir, Pengarah Negeri HASiL Negeri Sembilan serta Encik Masrun bin Maslim, Pengarah Bahagian Pendidikan Cukai, Jabatan Khidmat Korporat.
Turut hadir, Dr. Ishak bin Mohamad, Pengarah Politeknik Port Dickson.
Program ini dijalankan pada 12 September 2023 di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson. Pelbagai aktiviti yang dijalankan melibatkan seramai 120 orang pelajar, Politeknik Port Dickson pelbagai jabatan antaranya Pocket Talk, Senamrobik, HASIL Taxplorace dan Anugerah Duta HYTB Negeri Sembilan 2023.