BUILD AND BREAK COMPETITION JKA 2023
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 254
Build n Break Competition JKA 2023
10 Mei 2023
Program ini merupakan anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam dengan penyertaan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 2 dan 4 yang melibatkan 2 kursus DCC40163 Theory of Structure dan DCC20053 Mechanic of Civil Engineering Structures.
Seramai 26 Kumpulan pelajar Semester 4 telah berjaya merekabentuk dan membina model struktur jambatan menggunakan kayu lidi sate, benang dan gam yang akan disediakan kepada semua peserta. Setiap kumpulan perlu menggunakan daya kreativiti yang ada untuk merekabentuk dan membina model jambatan dengan berbekalkan bahan-bahan yang telah disediakan.
Manakala bagi kursus DCC20053 Mechanic of Civil Engineering Structures, 24 Kumpulan pelajar semester 2 telah menyertai pertandingan “Siapa Cepat” dalam pengiraan Tindakbalas Rasuk dan How to Draw Shear Force and Bending moment Diagram.
Sebanyak 2 kategori pemenang telah dipertandingkan bagi kedua-dua acara iaitu Kategori How to Draw Shear Force dan Bending Moment Diagram, dan Kategori Build and Break Rekabentuk Model dan Strength.
Alhamdulillah program ini telah dinilai oleh Penasihat Industri DKA Br. Ts. Dhiya Hafreez bin Kamil sebagai Ketua Juri bagi penilaian Build n Break Competition JKA 2023.
Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang!!!