MAJLIS PERTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 46
27 NOVEMBER 2024 (Rabu)
8 GANGSA 11 PERAK: Penerima ARPRM Kelanasiswa Politeknik Port Dickson.
Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Syamsul Tahril Bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan.
Majlis telah diadakan di Dewan Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan menyaksikan 330 penerima Gangsa dan Perak ARPRM daripada 7 daerah Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan kepada 8 penerima Gangsa ARPRM dan 11 penerima Perak ARPRM Kelanasiswa Politeknik Port Dickson.