ELECTRICAL STUDENT INNOVATION EXHIBITION (ESITEX) JKE SESI I : 2024/2025
 
ESITEX telah berlangsung dengan jayanya pada 24.10.2024 melibatkan 214 pelajar semester 5 yang terdiri daripada 104 kumpulan pembentang. Kumpulan ini telah membentangkan produk inovasi masing-masing melalui Kursus PROJEK.
 
Penilaian ini turut melibatkan penilaian daripada panel dalam dan 6 orang panel jemputan (IAP dan alumni). Majlis penutup disempurnakan oleh En Izwan Kamal bin Abd Wahab, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
 
Beberapa kategori dipertandingkan iaitu Projek Terbaik Program dan Projek Terbaik Jabatan. Juara Keseluruhan akan membawa Piala Pusingan ESITEX Anugerah Inovasi Ketua Jabatan.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk urusetia staf dan pelajar yang terdiri daripada MPP JKE dan KKE. Tahniah kepada semua pemenang.