15 Oktober 2024 - Program Kerohanian “Remaja Mendepani Cabaran Akidah” telah dianjurkan untuk para pelajar Muslim di Jabatan Kejuruteraan Awam. Pelajar Muslim yang terlibat adalah dari semester 1 hingga 4 seramai 437 orang.
 
Ini merupakan julung-julung kali program seumpama ini dianjurkan khusus kepada pelajar muslim di JKA. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah satu usaha murni bagi menitip kesedaran dan meningkatkan tahap kerohanian dalam diri pelajar.
 
Program kerohanian ini merupakan program anjuran kerjasama antara Tabung Amanah Zakat PPD bersama kebajikan pelajar, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson yang dilaksanakan bersama penceramah jemputan DQ Muhammad Ai’man Syafiq bin Mohamad Zaini pengasas Caliph Soul Consultant Wonder Biz Global.
 
Dalam program ini pelajar akan dapat meningkatkan kesedaran pelajar muslim berkaitan cabaran akidah di masa kini, mewujudkan hubungan yang baik sesama pelajar dan eenyeimbangkan keperluan rohani selain jasmani kepada pelajar.