19 Oktober 2024 (Sabtu)
 
Program Jota Joti 2024 peringkat Negeri Sembilan telah dilaksanakan secara serentak di 9 buah daerah. Jota Joti daerah Port Dickson (9M4SJNP) dikendalikan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Port Dickson dengan kerjasama Kelanasiswa Politeknik Port Dickson yang disertai oleh 524 peserta.
 
Lokasi stesen 9M4SJNP di Politeknik Port Dickson telah dipilih bagi sesi perasmian secara langsung oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, YBhg. Dato' Haji Ahmad Shazilly Bin Ismail Bakti.
 
Setelah perasmian, penyampaian pelantikan oleh Dato' kepada Majlis Pengakap Daerah Kelanasiswa Politeknik Port Dickson terdiri daripada Tn. Hj. Hasan Bin Mohd Sharif (Yang Dipertua), Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman (Timbalan Yang Dipertua), En. Ahmad Zaidi bin Mispan (Pengerusi) dan En. Mohd Nahar bin Ahmad (Timbalan Pengerusi).
 
Sesi menandatangani dokumen kolaborasi antara PPM Daerah Port Dickson dengan Kelanasiswa Politeknik Port Dickson turut diadakan yang disaksikan oleh Dato' dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tn. Aziruddin Abdul Aziz.
 
Pengurusan 4 stesen utama dan pergerakan peserta Jota Joti dikendalikan sepenuhnya oleh 40 Kelana dan 10 pemimpin Kelanasiswa Politeknik Port Dickson bersama tim radio amatur. Antara aktiviti stesen adalah Semaphore, Morse Code, Phonetic, Radio Amatur dan Joti.