PROGRAM MAXIS eKELAS USAHAWAN-BENGKEL PEMASARAN DIGITAL
 
Port Dickson, 14 Oktober 2024 – Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM dengan kerjasama Politeknik Port Dickson dan Maxis telah berjaya melaksanakan Program Maxis eKelas Usahawan yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan tempatan melalui penerapan kemahiran pemasaran digital.
 
Program yang berlangsung di Dewan Politeknik Port Dickson ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada usahawan dan pelajar Jabatan Perdagangan seramai 120 orang.
 
Sepanjang program separuh hari ini, peserta mengikuti beberapa modul utama seperti Strategi Pemasaran Digital, Penulisan Iklan, Fotografi Digital serta Merancang dan Mengukur Impak pemasaran.
 
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan digitalisasi dalam meningkatkan produktiviti perniagaan, khususnya dalam era ekonomi digital yang pesat berkembang.
 
Selain itu, kerjasama antara iCEPS UiTM, Politeknik Port Dickson dan Maxis ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pelajar dan usahawan dalam memanfaatkan kemahiran keusahawanan yang diperoleh.