09hb Mei 2024 (Khamis)

Sepanjang berlangsungnya Program RIDeC'1:24_Research, Innovation & Design Competition for Civil Engineering & Architecture bagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson yang berlangsung di Dewan Wawasan PPD.
 
Objektif program adalah bagi membentangkan projek pelajar tahun akhir JKA kepada panel penilai yang terdiri daripada pihak industri dan pensyarah-pensyarah Universiti Awam.
 
Ini sekaligus dapat mendedahkan pelajar kepada aspek inovasi dan kajian yang selari dengan kehendak industri. Pelajar juga diberi peluang berinteraksi dengan pihak industri dan berkongsi pandangan berkaitan projek yang dijalankan bagi hasil pembelajaran yang lebih berkesan.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang projek pelajar yang terpilih.