Pada 29 April 2024, 25 kumpulan terdiri dari 17 kumpulan pelajar Politeknik Port Dickson dan 7 kumpulan pelajar institusi pendidikan sekitar Port Dickson iaitu Kolej Vokasional Port Dickson, SMK Intan Perdana, SMK Tinggi Port Dickson, dan SMK Raja Jumaat telah menjayakan aktiviti Pertandingan Build and Break anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan menanamkan minat pelajar dalam program kejuruteraan awam dan senibina di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson.
 
Aktiviti ini merupakan aktiviti penutup kepada Civil Engineering Fest 2024 yang turut melibatkan aktiviti-aktiviti seperti Lawatan Akademik Industrialised Building System in Sustainable Construction ke TasBlock Malaysia, Lawatan Akademik Geotechnical Engineering ke Jabatan Kerja Raya Melaka Tengah, Bengkel Membaca Pelan bagi Kursus Reinforced Concrete Design, Ceramah CQI – Wastewater Treatment Process, kursus MyProcurement dan Lawatan Akademik Proses Pelupusan Sisa Berbahaya.
 
Terima kasih kepada barisan penganjuran dan para peserta yang telah menjayakan aktiviti bersama program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson.