18 Mac 2024 (Isnin)
 
Unit Penyelidikan, Inovasi, dan Pengkomersialan Politeknik Port Dickson (PPD) telah menerima kunjungan daripada Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) bagi tujuan Lawatan Penanda Aras Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) KKKMT ke PPD.
 
Antara pengisian program adalah pengkongsian amalan baik yang dilaksanakan oleh KUPIK dalam pengurusan KIKHB dan juga perkongsian ilmu dalam penyediaan dokumen dan pembentangan KIKHB.
 
Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Dr. Rosmilawati binti Ab Rahman (KUPIK, PPD) dan juga En. Mohd Azirudin bin Sahhudin (Ketua Kumpulan Incredible, Juara KIKHB POLYCC 2023).
 
Semoga sesi perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kumpulan KIK KKMT.