23 Julai 2024 (Selasa)
 
Jabatan Penerangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024. Politeknik Port Dickson telah dijemput bersama turut serta menjayakan program ini yang bermula pada 22 Julai 2024 di Perkarangan KOMBES ke SK Nilai Impian bagi penerimaan “bendera” dari kontijen Negeri Selangor.
 
Manakala pada 23 Julai 2024 bermula kembara sekitar Negeri Sembilan dari Wisma Perseketuan ke SMK Tanah Merah, Port Dickson. Seterusnya bergerak ke Kolej Vokasional Dato’Maharaja Lela, Rembau dan ke Pejabat Khidmat DUN Kota.
Team Kembara akan berakhir di Tampin Square dan Melaka Premium Outlet bg penyerahan “bendera” kepada kontijen Negeri Melaka.
 
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 ini berlangsung sempena menyambut Bulan Kebangsaan pada tahun 2024.