22 Julai 2024 (Isnin)

Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Port Dickson telah berkunjung ke Kompleks JKKN, Seremban. Kunjungan ini diketuai oleh Cik Umi Syahidah bin Anuari (Ketua Jabatan Pengajian Am) bersama delegasi terdiri daripada pegawai-pegawai JPA dan Pegawai Kebudayaan JSKK telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan iaitu Encik Rahmat bin Hj. Md Noh, Timbalan Pengarah En. Mohd Zuhairi bin Ibrahim serta pegawai-pegawai JKKN Negeri Sembilan.

Kedua-dua pihak telah mencapai muafakat bagi menjalin kerjasama strategik antara Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan bagi menjayakan Festival Bahasa dan Budaya 2024 yang akan berlangsung pada 10 September 2024. Bidang kerjasama meliputi perkongsian kepakaran, khidmat nasihat dan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi menjayakan program tersebut.