22 Julai 2024 : Isnin
 
Program CSR bersama Komuniti “Fun with Math” anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) .
 
Program ini disertai oleh 65 orang murid Tahun 5 beserta 8 orang guru pengiring dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Kemang, Sekolah Kebangsaan Intan Perdana, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dan SRI Raudhatul Ulum.
 
Matlamat program ini adalah memberikan pengukuhan asas matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Malah ia turut memberikan nilai tambah kepada pengetahuan matematik sedia ada pelajar.
 
Pelajar dibimbing oleh 18 orang Fasilitator yang terdiri daripada pensyarah JMSK. Pendekatan yang digunakan di dalam program adalah dengan menggunakan kaedah pembelajaran melalui permainan. Program telah berlangsung di sekitar Perpustakaan Politeknik Port Dickson.