18 Julai 2024 (Khamis)
 
Unit Kesihatan dan Keselamatan Politeknik Port Dickson telah mengadakan kursus Audit Dalaman ISO 45001:2018 selama 2 hari iaitu bermula 17.7.2024 - 18.7.2024. Kursus yang berlangsung selama dua hari yang penuh bermakna ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh penceramah En. A. Azman bin Ahmad, JMSK dan diikuti oleh sesi _mock_audit oleh Encik Mohd Hamdan bin Abdul Razak, JKM. Pada hari berikutnya pula, kursus ini disambung dengan sesi teknik- teknik penghasilkan laporan audit yang baik dan menyeluruh.
 
Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberi banyak manfaat dan peluang untuk melatih serta mengukuhkan ilmu pengauditan dengan mantap kepada peserta.