15 Julai 2024 (Isnin)
 
TAHNIAH KOMPENI RHINO, PPD @ MALAYSIAN POLYTECHNICS TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP (MalPTAAC)
 
Latihan MalPTAAC yang berlangsung pada 26 Jun sehingga 10 Julai 2024 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis bagi siri ke-15 yang melibatkan 3 pegawai dan 35 anggota sukarela Askar Wataniah terdiri daripada staf dan pelajar Politeknik Port Dickson dan diketuai oleh Mejar Hasrul Nizam Mamat sebagai Ketua Kompeni.
 
MalPTAAC Siri 15/2024 ini melibatkan pelbagai aktiviti di antaranya ialah pertandingan merentas desa, pertandingan menembak repal, pertandingan pandu arah, pertandingan jalan laju dan Multi-Relay.
 
Secara keseluruhan, Kompeni Rhino Politeknik Port Dickson telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada keseluruhan 16 buah Politeknik Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pbt Muhamad Daniel Bin Muhamad Fairuz atas pencapaian mendapat top 20 dalam pertandingan menembak repal dan wakil pertandingan pandu arah yang berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Sekalung tahniah dan syabas kepada Mejar Hasrul Nizam Mamat yang bertungkus lumus membawa nama kontinjen Kompeni Rhino dan mengharumkan nama Politeknik Port Dickson. Syabas dan tahniah.