13 Julai 2024 (Sabtu)
 
PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU PELAJAR CALON SPM SMK KAMPUNG BARU SI RUSA PORT DICKSON DI POLITEKNIK PORT DICKSON
 
Seramai 84 calon SPM 2024 SMK Kampung Baru Si Rusa Port Dickson merasai pengalaman kehidupan kampus di Politeknik Port Dickson.
 
Program perkampungan Ilmu ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula tarikh 12 Julai hingga 14 Julai 2024.
 
Para pelajar didedahkan dengan cara kehidupan di kampus. Justeru itu, kelas bagi subjek SPM juga turut dijalankan di dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di kampus.
 
Semoga program ini dapat memberikan manfaat dan suntikan motivasi kepada para pelajar. Juga menginspirasikan dan menguatkan tekad dan cita-cita untuk mencapai sehingga ke menara gading suatu masa nanti.