2 Julai 2024 (Selasa)
 
Program Corporate Social Responsibility (CSR) – ‘Biar Tetas, Jangan Telan’ Dengan Kerjasama Jabatan Perikanan Melaka (Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu)
 
Program CSR ini merupakan program anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) yang melibatkan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JMSK, Jabatan Induk dan Unit Pentadbiran Politeknik Port Dickson.
 
Ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan peserta seperti mencintai alam sekitar, tolong–menolong dalam memelihara dan memulihara habitat hidupan untuk mengelak daripada berlakunya kepupusan flora dan fauna di samping dapat memberi peluang kepada peserta program untuk mendekati dan berinteraksi dengan pihak luar dalam melaksanakan program yang telah diatur.