Kursus Metodologi Kejurulatihan bagi anggota senior Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) PPD yang bertempat di Dewan Kuliah 5. Kursus ini mengambil masa selama 5 hari bermula dari 14, 15, 16, dan bersambung minggu berikutnya pada 22 & 23 Oktober 2022. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta kaedah bagaimana untuk menyampaikan ilmu serta kemahiran juga meningkatkan keyakinan dalam diri ketika berucap di hadapan.