AUDIT OHSMS ISO 45001:2018 OLEH NIOSH

13 OKTOBER 2022 - 9.00PAGI

Bagi merealisasikan Pensijilan OHSMS ISO 45001:2018, JKM dengan komitmen pihak pengurusan tertinggi PPD telah melalui dua fasa pengauditan iaitu Audit Dokumentasi yang telah dijalankan pada Oktober 2019 dan Audit Pematuhan pada September 2020. Setelah selesai pengauditan, PPD telah menerima Pensijilan ISO 45001:2018 pada 20 Oktober 2020 yang telah dikeluarkan oleh pihak NIOSH. Maka pengamalan dan pematuhan kepada pensijilan ISO45001:2018 diteruskan dengan 1st Surveillance Audit yang telah dilaksanakan pada 12 dan 13 Oktober 2021 yang lalu.
 
PPD melihat usaha ke arah pensijilan ini sangat membantu dalam pelaksanaan proses kerja dan dapat membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan staf dan juga pelajar. Dengan adanya pensijilan ISO 45001 ia secara langsung membantu warga JKM khususnya dan warga PPD amnya dalam memastikan pelaksanaan dasar kesihatan dan keselamatan pekerjaan dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang. Mengalu-alukan kehadiran Encik Saiful Nazrin Bin Abdul Rashid, wakil dari NIOSH yang akan menjalankan Audit 2nd Surveillance ISO 45001:2018 bagi memastikan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan mengikut keperluan yang ditetapkan.