Pada 31 Ogos 2022, seramai 40 orang peserta dari Politeknik Port Dickson yang terdiri dari pelajar dan pegawai telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Politeknik Port Dickson telah terpilih mewakili Kementerian Pengajian Tinggi sebagai peserta Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan duduk di grandstand yang memaparkan bendera Malaysia. Satu pengalaman yang amat bermakna kepada semua peserta kerana dapat menyertai sambutan besar di peringkat kebangsaan ini.