Pengenalan

Unit Komunikasi Korporat (UKK) ditubuhkan sebagai 'focal point' di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat politeknik, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan khidmat pelanggan. Unit ini perlu memelihara dan meningkatkan imej Politeknik Port Dickson serta mempromosi dasar dan program Politeknik melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan.

Objektif

  • Mewujudkan perhubungan baik antara institusi dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif Jabatan secara keseluruhan.
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi institusi melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak.
  • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi institusi melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin dan laporan tahunan.
  • Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan institusi diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki.
  • Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan institusi diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.

Fungsi

  • Merancang dan menyelaras promosi dan publisiti di Politeknik Port Dickson.
  • Membantu dan menyokong program-program Jabatan & Unit dari segi publisiti dan media (elektronik dan cetak) serta hubungan dengan agensi luar.
  • Menyediakan siaran media, kenyataan media dan nota kepada pengarang.
  • Mengatur kunjungan hormat Pengarah Politeknik Port Dickson ke Jabatan dan agensi kerajaan.
  • Menerima kunjungan hormat/lawatan daripada agensi luar.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perhubungan awam, perhubungan media dan protokol.
  • Mengurus dan menyelaras pemakluman aktiviti, buletin dan laporan tahunan.
  • Membuat promosi/hebahan melalui saluran media sosial rasmi Politeknik Port Dickson.
  • Pemantauan media elektronik, cetak dan keratan akhbar berkaitan dengan Politeknik Port Dickson.

 

Direktori

PEJABAT PENGARAH
 
BIL GAMBAR NAMA KAKITANGAN JAWATAN E-MEL
1    Ts. Roseman Bin Mat Jidin @ Jidin Pengarah This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2  Dr. Mohamad Siri bin Muslimin Timbalan Pengarah (Akademik) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
3 Ahmad Zaidi bin Mispan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4 Noraini Beham binti Varseh Ismail Setiausaha Pejabat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5 Jameazah binti Yahaya @ Aziz Pembantu Khidmat Am This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
  • No. Telefon: 06-662 2003
  • No. Faks: 06-662 2026
  • E-Mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
 
BIL GAMBAR NAMA KAKITANGAN JAWATAN E-MEL
1  Abdul Rashid bin Husain  Ketua Unit This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2    
Pegawai Perhubungan Awam

@polipd.edu.my
3 Nurul Ain binti Hamri Pembantu Khidmat Am This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4 Muhammad Shahrul Nizam bin Abdul Aziz Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.