Adalah dimaklumkan bahawa transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian rasmi bagi pelajar lulus penuh Sesi 1 : 2024/2025 boleh dituntut bermula 24 FEBRUARI 2025 menggunakan 2 kaedah seperti butiran berikut:
KAEDAH 1: EDARAN DI KAUNTER UNIT PEPERIKSAAN
Tarikh : Mulai 24 Februari 2025 (Hari bekerja) - Tiada had tarikh
Masa : 9.00 am - 1.00 pm (Isnin-Khamis)/ 9.00 am - 12.00 pm (Jumaat)
2.00 pm - 4.30 pm (Isnin-Khamis)/ 2.45 pm - 4.30 pm (Jumaat)
Tempat : Unit Peperiksaan, Politeknik Port Dickson
** Pelajar yang tidak dapat hadir untuk mengambil Transkrip sendiri boleh mewakilkan individu lain dengan mengisi PAUTAN BERIKUT: https://tinyurl.com/yrd7x974
KAEDAH 2 : PENGEPOSAN
Pelajar yang tidak dapat hadir ke Unit Peperiksaan untuk pengambilan surat tamat pengajian dan transkrip rasmi boleh membuat permohonan pengeposan.
Sila rujuk panduan pengeposan berikut: https://bit.ly/
SEMAKAN SENARAI LULUSAN SESI 1 : 2024/2025: https://bit.ly/Sesi1-2024
Sebarang permintaan untuk email transkrip TIDAK AKAN DILAYAN.
Transkrip tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yang belum tamat pengajian atau sedang menjalani latihan industri.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Peperiksaan di talian 06-6622000.