
Seluruh warga Politeknik Premier Port Dickson (PPPD) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Ts. Roseman bin Mat Jidin @ Jidin atas pelantikan sebagai Pengarah Politeknik Premier Port Dickson, berkuat kuasa mulai 14 Oktober 2026.
Kehadiran YBrs. Ts. Roseman membawa lembaran baharu dalam meneruskan legasi kecemerlangan PPPD sebagai institusi TVET unggul negara.
Semoga kepimpinan, pengalaman dan aspirasi beliau menjadi pemangkin kepada budaya kerja berprestasi tinggi, inovasi serta kecemerlangan pendidikan TVET yang berterusan.
Selamat datang ke keluarga besar PPPD. Bersama kita melangkah lebih jauh, mengangkat kecemerlangan ke mercu kejayaan!
Ikhlas daripada, Seluruh Warga Politeknik Premier Port Dickson
#TeamPPPD
#BersamaMenujuKecemerlangan
#POLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja