Program: Majlis Penutup Program Pembangunan TVET Siswatani 2024 (Agro Tech)
Tarikh : 8 November 2024 (Jumaat)
Masa : 3.30 ptg – 6.00ptg
Tempat : Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson
Sasaran : Peserta Siswatani JKA
 
Program PEMBANGUNAN TVET SISWATANI 2024 (AGRO TECH) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson bersama Koperasi Kebuniti Selangor Berhad ini merupakan satu usaha murni untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran menyelesaikan masalah dan menambah pengalaman serta keyakinan pelajar dalam menceburi bidang pertanian moden. Program ini juga akan membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada pada pelajar lepasan latihan industri dan merealisasikan hasrat negara dalam mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan generasi muda tentang kepentingan bekalan makanan bagi menjamin masa depan negara dan melahirkan siswa yang boleh menjana pendapatan berasaskan pertanian.
 
Program ini melibatkan seramai 110 orang pelajar dengan modul kepimpinan, modul bahasa, modul pertanian dan modul perternakan yang dikendalikan oleh Koperasi Kebuniti Selangor Berhad bersama Ayin Inspiration, Mk Green energy Solution dan Politeknik Port Dickson. Program ini melibatkan 2 bahagian iaitu modul teori selama 12 hari dan modul latihan pratikal selama 30 hari. Pelajar akan melalui program ini selama 42 hari untuk memenuhi syarat pentauliahan sijil bagi program dan semua perbelanjaan bagi pelaksanan program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Koperasi Kebuniti Selangor Berhad. Pihak Politeknik Port Dickson percaya bahawa pelaksanaan program ini secara langsung membantu agenda negara dalam memperkasakan TVET melalui kerjasama pelbagai pihak demi masa depan negara.