13 September 2024 (Jumaat)
LAWATAN PENANDA ARAS UPPsi, AKRAB dan Kelab PRSP Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Ke Politeknik Port Dickson (PPD)
Port Dickson - Seramai 34 orang Pelajar Kelab Pembimbing Rakan Siswa ( PRSP) Politeknik Ibrahim Sultan bersama 4 orang pegawai daripada UPPsi PIS telah hadir ke Politeknik Port Dickson dalam program Lawatan Penanda aras UPPsi & Kelab PRSP Politeknik Port Dickson.
- Program ini merupakan Jalinan Kerjasama PIS Dan PPD.
- Antara program yang telah dilaksanakan adalah sesi diskusi dan dokumentasi fail antara UPPsi,Akrab Staf dan Kelab PRSP. Tujuan utama program ini adalah untuk mengenalpasti amalan baik yang terdapat dalam organisasi di samping aktiviti bagi pertukaran idea antara organisasi.Seterusnya UPPsi PIS mengadakan lawatan(tour) ke UPPsi PPD bagi melihat ruangan pejabat dan bilik distress UPPsi PPD.
- Aktiviti diteruskan lagi dengan pertukaran energizer antara PRSP PIS Dan PRSP PPD.
- Program seumpama ini dapat memberikan pengalaman dan perkongsian terbaik bagi kedua-dua Politeknik. Jalinan Kerjasama antara PRSP PIS Dan PRSP PPD turut ditandatangani pada tarikh 13 September 2024.
- Terima kasih diucapkan kepada UPPsi PIS sudi hadir ke PPD.
Tahniah & syabas diucapkan.