Soalan Lazim
Kemasukan
Apakah kaedah permohonan kemasukan ke Politeknik Port Dickson?
- Sila rujuk Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti bagi mendapatkan maklumat berkenaan kemasukan ke Politeknik.
Berapakah jumlah program diploma yang ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson?
- Terdapat 14 Program peringkat diploma dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson. Sila klik DI SINI.
Berapakah jumlah kursus sijil yang ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson?
- Mulai Sesi Jun 2010, Politeknik Port Dickson dan politeknik-politeknik Seluruh Malaysia tidak lagi menawarkan program di peringkat sijil.
Bantuan Kewangan
Saya daripada keluarga yang berpendapatan rendah, adakah Politeknik Port Dickson menyediakan pembiayaan semasa tempoh pengajian?
- Sila rujuk SINI untuk senarai Bantuan Kewangan dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Pinjaman dan Biasiswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian: 06-662 2036.
Pembelajaran
Berapa lamakah tempoh pengajian peringkat diploma?
- Tempoh pengajian di Politeknik Port Dickson minimum adalah 3 tahun bergantung kepada jenis pengkhususan.
Bolehkah saya membuat memohon pertukaran program selain daripada kursus yang ditawarkan?
- Rayuan hendaklah disalurkan terus ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Asrama
Adakah Politeknik Port Dickson menyediakan kemudahan asrama?
Kapasiti asrama di Politeknik Port Dickson adalah terhad dan pengurusan Politeknik Port Dickson telah menetapkan golongan berikut akan diberi keutamaan iaitu:
- Pelajar semester satu
- Pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan kokurikulum
- Tiada rekod disiplin
Rumah Sewa
Adakah bantuan pencarian rumah sewa ditawarkan oleh Politeknik Port Dickson bagi pelajar yang tidak mendapat asrama?
- Politeknik Port Dickson hanya menyediakan senarai nama tuan ruman yang berminat untuk menyewakan rumah mereka. Rundingan adalah antara tuan rumah dan pelajar sendiri. Pihak Politeknik Port Dickson tidak terlibat dalam rundingan tersebut. Namun kebajikan pelajar yang tinggal di rumah sewa adalah masih di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Sila klik DI SINI.
Lain-lain
Saya ada soalan yang tidak disenaraikan di sini. Bagaimana saya boleh ajukan?
- Anda boleh hubungi kami di talian 06-662 2000/2111 atau
- Sebarang kemusykilan atau komen mengenai Politeknik Port Dickson, emel ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Pegawai Perhubungan Awam)