Bantuan

Perkongsian maklumat adalah kumpulan jawapan yang dikategorikan untuk soalan lazim (FAQ) dan artikel. Anda boleh membaca artikel dalam kategori ini atau memilih subkategori yang anda minati.



 21 Tips Penjagaan Komputer

Solution

  1. Elak guna PC sekiranya Pejabat/rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card.
  2. Elak selalu format hard-disk secara lowlevel, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format.
  3. Elak format pendrive, ia memendekkan jangka hayat pendrive. Sebaliknya sekiranya perlu kosongkan pendrive, pindah file tersebut ke hard disk atau delete sahaja file2.
  4. Elak menyentuh komponent pc secara terbuka tanpa alas terutama dibahagian antaramuka sambungan yang kelihatan bewarna seperti ke-emasan yang boleh menyebabkan terbentuknya karbon di permukaan tersebut dan menjurus kepada masalah stability pc.
  5. Elak meletakkan pc pada tempat yang tertutup dan panas.
  6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
  7. Gunakan AVR (automatic voltage regulator) atau UPS bagi memastikan bekalan elektrik sekata dan bekalan tidak terputus (bagi fungsi UPS sahaja). Fungsi AVR adalah untuk memastikan arus elektrik dibekalkan tidak menyusut atau meninggi pada satu2 masa yang boleh menyebabkan fungsi konponen peralatan elektronik pc terganggu. Memastikan stability pc dan memanjangkan jangka hayat komponen PSU dan boards
  8. Buka casing CPU jika terluang dan vacuum. Ianya mudah dan selamat, namun berhati2 takut terkena sebarang komponent elektronik board yg boleh menyebabkan masalah lain. Elak dari menyentuh sebarang komponent dalam. Jika selesai, tutup semua skrew casing dengan cermat.
  9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan pc. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.
  10. Jika tiada vacuum, gantikan dengan berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar dari casing computer.
  11. Berus keyboard (papan kekunci) dengan menggunakan berus cat yang sesuai.
  12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan pc. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya pc monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.
  13. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.
  14. Elak meletak casing pc di bawah meja. Menyebabkan habuk cepat terbentuk.
  15. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
  16. Elak menyerahkan komputer anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi pc anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.
  17. Jgn sesekali basahkan sebarang peralatan komputer untuk membersihkannya.
  18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.
  19. Jangan mematikan (shutdown) computer dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.
  20. Jangan menggunakan button reset pd casing sekiranya tidak perlu, juga boleh mengakibatkan file corrupted atau hilang. Sekiranya perlu digunakan, pastikan lampu indicator hard disk tidak menunjukkan sebarang activiti (maksudnya tidak bernyala) dan barulah tekan button reset.
  21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan hardware seperti CD / DVD, termasuklah peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak menggunakan true power PSU. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu. Limitkan bilangan yang minimum. Contohnya, hanya pasang 1 DVD-RW, bukan 2-3 DVD, CD-RW, CD-Rom.
 
Was this article helpful? yes / no

Article details

Article ID: 3

Category: ICT

Rating (Votes): Article not rated yet (0)

 
Powered by Help Desk Software HESK, in partnership with SysAid Technologies